Kekeluargaan...

Apabila kita menyebut perkataan keluarga,maka terbayang dalam fikiran kita kehidupan dalam sebuah rumah yang dianggotai oleh ayah,ibu dan anak-anak.Kekeluargaan pula merupakan kewujudan sebuah rumah tangga yang sentiasa mengekalkan kedamaian,kerukunan dan saling hormat-menghormati antara ahli-ahlinya iaitu ibu,bapa dan anak-anak.

Kecemerlangan institusi keluarga dipengaruhi oleh peranan yang dimainkan oleh datuk,nenek,ibu dan bapa.Antara ciri-ciri keluarga yang cemerlang ialah ikatan kekeluargaan yang akrab dan saling membantu antara satu sama lain,bekerjasama,rasa tanggungjawab yang mendalam terhadap keluarga dan sentiasa bersikap positif dalam membina keluarga.Ciri-ciri ini hendaklah sentiasa dijadikan amalan bagi kejayaan institusi kekeluargaan di negara ini.Oleh itu,kita harus sedar bahawa institusi kekeluargaan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara.