Tentang saya

Nama saya Nur Atiqah binti Sabdun.Saya berasal dari keluarga yang sederhana.Saya berumur 14 tahun.Saya mempunyai 7 orang adik-beradik yang bernama Mohd.Fitri, Mohd.Sabri, Mohd.Sofi, Mohd.Shahril ,Siti Zulaikha, Nur Atiqah dan Mohd.Redzuan.Saya adalah anak yang ke 6 daripada 7 beradik itu.Saya telah dilahirkan di Hospital Raub pada 6 februari 1996.Hobi saya adalah bermain badminton, memancing dan bersukan.Binatang kesukaan saya adalah kucing dan spesis kucing.Pada hujung minggu saya akan menolong ibu dalam menyelesaikan kerja rumah atau menyiapkan bekal untuk pergi berkhelah di tepi sungai.Di sekolah saya adalah salah seorang ahli kadet bomba.Jika dirumah tempat saya mengadu adalah ibu, tetapi di sekolah saya mengadu kepada kawan baik saya iaitu Azlin dan Afiqah.Saya bercita-cita ingin menjadi seorang doktor.Mata pelajaran yang saya minati adalah sains dan matematik.

Latar Belakang Ayah

Nama ayah saya Sabdun bin Osman.Dia berumur 54 tahun dan telah mengidap penyakit diabetes selama 18 tahun.Ayah saya berasal dari Lembah Klau dan dilahirkan pada 9 mei 1956.Ayah saya bekerja sebagai Peneroka Felda Tersang 1.Dia seorang yang peramah,baik hati,berdedikasi,suka bergaul dan sayangkan keluarga.
Selain itu,ayah saya lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga dengan pergi berkhelah.Namun begitu, ayah saya terkenal dengan sifatnya yang tegas dalam mendidik anak-anaknya.Selain itu juga, jika ada masa terluang dia akan pergi kedai kopi untuk bergaul dengan rakan-rakannya dan berkongsi cerita.

Latar Belakang Ibu

Nama ibu saya Azizah binti Zainol Abidin.Dia berumur 48 tahun,juga mengidap penyakit diabetes selama 3 tahun.Ibu saya berasal dari Pulau Pinang dan dilahirkan pada 2 ogos 1962.Dia adalah suri rumah sepenuh masa.Dia seorang yang sangat baik,rajin dan bertanggungjawab.Ibu saya pandai mengambil hati anaknya yang dalam kesedihan.
Dia tidak mengeluh dan menggangap bahawa anak-anaknya membebankan.Selain itu,jika ada masa terluang dia akan menceritakan kisah zaman kecilnya.

Pantun Keluarga Bahagia

Keluargaku keluaga bahagia,
keluargaku ramai anggotanya,
kami gembira tinggal bersama,

Datuk,anggota tertua,
seluruh anggota menghormatinya,
kata nasihatnya penuh bermakna,

Nenek tempatku bermanja,
bicaranya menyentuh rasa,
belaiannya menambat jiwa

Bapa, semangatnya sentiasa membara,
memajukan keluarga hasrat hatinya,
seluruh keluarga patuh padanya,

Tips Keluarga Bahagia

1. Jujur Apa Adanya dan Terbuka Pada Keluarga 2. Ciptakan Kondisi Yang Menyenangkan 3.Tidak Emosi dan Banyak Menuntut 4. Mengutamakan Kebersamaan Keluarga 5. Membuat Komitmen Jangka Panjang 6. Bijak dan Tegas Dalam Menghadapi Masalah 7. Keluarga Yang Soleh dan Memegang Teguh Agama 8. Perhatian Penuh Ke Anak dan Masa Depannya 9. Hidup Sederhana dan Tidak Mengejar Harga Semata 10. Peka Pada Lingkungan Sekitar dan Hidup Bersosial

Sajak Untukmu....

Ibuku tersayang,
ibu kau mampu merasa degup jantungku,
kau ibarat sebati dengan jiwaku,
gelisahku, kau dapat merasai melalui naluri ibumu,

Ibuku tercinta,
kau telah mengandungku selama 9 bulan 10 hari,
kau tidak pernah mengeluh walaupun sesaat,
kau sanggup bersusah payah demi keselamatan daku,

Ibu, ayah yang ku sayangi,
raut wajah tidak akan ku lupakan sampai akhir hayatku,
raut wajahmu juga seakan sekuntum bunga yang sentiasa mekar,
raut wajahmu tidak akan luntur dari ingatanku.....




Kepentigan Keluarga

Keluarga amat penting kepada seseorang.Tanpa keluarga kita akan hidup sebatang kara.Selain itu, dalam Islam mewajibkan seseorang itu berkeluarga agar dapat menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya.Disamping itu,dapat mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua belah pihak keluarga .